
gambar di atas membuatkan aku berfikir, cukup beretikakah aku? dalam erti kata lain,cukup berAKHLAKkah aku?
post ni mungkin membuatkan orang lain offended, tapi post ini khas untuk aku sahaja sebenarnya cuma ingin dikongsikan di sini. kalau takmau baca dah boleh pergi. nampak butang X kat kanan tu? klik situ. :)
kadangkadang kita tak pernah sedar yang kita tengah mengumpat orang lain. mana taknya, seronok tahap tak ingat kot umpatan ni. sedap macam makan daging saudara sendiri. tak gitu? diri, berhenti mengumpat (tepuk bahu sendiri). kau tak tahu apa punca dia buat begitu. bukan dia sengaja. dia cuma manusia biasa. dia perlukan sokongan,bukan cacian. bimbing dia. okeh, aku tahu perangai aku masih sampah, mulut aku pun bau longkang lagi. aku ajak diri aku sekali dalam kempen ni. haha.
we should fill in their shoes. even aku masukkan diri aku ke dalam situasi dorang pun, aku tak rasa apa yang mereka rasa. sekurang-kurangnya mereka sedar apa yang dilakukan itu satu kesilapan. the thing is they need some time. nak kata kapel tu dosa? habis tu, tak tutup aurat dengan sempurna tak dosa? lawan cakap ibu bapa tak dosa? mengumpat tak dosa?
kita suka cari silap orang. sampai nak canang kat semua tempat. hati, berhenti buat begitu. jangan buka aib orang. nanti di sana, di padang Mahsyar, Dia akan buka aib kita. Nauzubillah.
selalunya kita akan buat begini :
"wehh, dia tak pakai tudung. ingat dia cantik sangat ke?muka cam badak, ada hati nak melawa"
"korang nak tahu, aku dengar cerita si polan ni dah kapel. eww. geli aku tengok muka balak die. (nama artis) lagi hensem kan?"
"tolonglah, aku benci tengok pompuan tu, dah la gedik, macam pompuan murahan je"
okeh, aku cakap pasal pompuan sebab aku pun pompuan. aku dengar semua tu. aku pun pernah cakap. cuba kita cakap macam ni :
"ehh, si polan dah kapel? biar betul. sebab ape ek? dia sunyi kot. aku kena bimbing dia balik"
"kenapa dia buka tudung ha? mesti takde orang support. dalam family die pun, dia sorang je yang pakai tudung. sian kat die. aku mesti support dia"
bukankah itu lebih molek? berbaik sangka. aku pun dulu banyak buruk sangka kat manusia. sekarang masih mencuba untuk berbaik sangka. moga Dia merahmati usaha semua. mungkin ada yang terasa dengan apa yang aku coretkan. sumpah aku sayang. tapi andai kau terasa, kau terasa denganNya juga sebab manusia cuma medium sahaja. aku tak takut ditinggalkan sekalian manusia. aku punya 1001 cara untuk teruskan hidup aku yang biasa. aku takut ditinggalkan Dia. hidup aku boleh punah sekelip mata.
ps: sekarang aku ketagih tumblr, my new way of escapism :)
No comments:
Post a Comment