Monday, July 25, 2011

rezeki bukan pada material semata

bismillah wa barakatillah


okeh.periksa esok. bio and math in one day. otak aku putus fius sekarang. aku bukak laptop. release tensi ah kiranya. what the heck?haha. memang aku tak sedar diri. tapi rasa nak post something. yup,semalam mak aku datang,bawak makanan dari kampung,ada kenduri selamat. alhamdulillah berjalan lancar. mak aku cakap,opah dengan atok bangga cucu2 dia masuk u. bukan nak kata apa,rasa sangat pressured sebab aku bukannya bagus sangat pun dalam belajar ni. aku jenis kuat main kot. tengok ah sekarang. bukti kukuh. haha. aku takut untuk menjadi harapan. aku takut aku akan kecewakan mereka. aku taktau nak cakap camne. kiranya susah ah jadi anak sulung ni.haish =.=” tp aku suka gak sebenarnya. ok,kontradiksi. :)


hari jumaat petang,aku balik bilik lambat,buat kuiz sorangsorang sebab malam tu ada hal yang betul2 tak dapat dielak mahupun mengelak. haha. aku buat kuiz math,biasa la math,otak cepat penat mengadap subjek ni. belum lagi fizik dengan kimia. dah matikutu aku hantar jela paper tu kat sir. aku cakap la otak aku dah penat,tak larat nak buat. unexpectedly,dia minta pensel and he corrected my quiz!oh my!sir,ni kuiz la bukan latihan dalam kelas! aku terkedu. aku rasa dia sangat baik!!okeh,chance by allah.aku stay sampai 6.45 petang dan selit paper celah pintu.
aku nak tekankan kat sini la,rezeki tu memang bukan pada material sematamata. yes,ramai manusia,termasuk aku,nampak rezeki tu secara fizikal,lahiriah tapi tak pernah nampak yang berada di sebalik mata kasar kita. for example,peluang. macam kisah aku tadi. aku rasa peluang sir betulkan paper aku mungkin akan datang sekali seumur hidup aku. okeh,aku mengharap lagi. haha. tak bersyukur. peluang. memang akan diberikan pada setiap manusia,samada kita sedar atau tak. peluang. aku dapat belajar matrik,then dapat asasi kat sini,uia kot!aku dapat merasa keduadua. peluang. konteks yang sangat meluas. tak dapat aku nak bagi contoh banyak. korang pikirlah sikit. otak tu biar berkembang. tak gitu?hee~


rezeki bagi aku sangat subjektif. sempurna tubuh badan rezeki. dapat kasih sayang secukupnya rezeki. panjang umur rezeki. anak banyak rezeki.[okeh,ni contoh lain dari lain punye ah ;p]dapat ilmu dunia dan akhirat sekaligus rezeki. kawan yang baik dan sentiasa mengingatkan sesame sendiri rezeki. dapat bi`ah islamiah rezeki. okeh,aku terbayang smakl je sekarang. i admit,I cannot forget my school life. memori yang sangat kuat melekat. sampai semua tempat aku pergi,aku akan compare dengan smakl. aku bersyukur. ya,syukur memang tak dapat nak digambarkan dengan katakata. kadangkadang rezeki tu kalau kita dapat,kita tak bersyukur pun kan? tak sedar yang tu dari allah,sebab kita tak nampak. aku tahu,aku alpa gak.haish =.=” aku risau,aku terlampau sibuk sampai Dia pun aku lupa,jarang nak berdating tengah malam. maafkan aku ya Allah,aku insan yang lemah. memang penat duduk kat u,tak macam sekolah dulu. sekarang aku kena mengatur masa aku dengan baik. masa untuk bekerja dan beribadah. Rasulullah pun seimbang,duadua dapat kejar,dunia dan akhirat. memang qudwah hasanah. okeh,aku kena bersiap,nak ambil kertas kuiz and tutorial bio kat bilik madam. kena study kuat lagi! nak dapat 4 rata kan? nak dapat dean`s list kan? BELAJAR!

p/s: aku nak kahwin dengan cikgu boleh?nak cikgu math!penyabar sangat!~~ :)

2 comments:

  1. awakkk. jadi anak bongsu pun susah maaaa :) sbb tinggal kite sorg jehh harapan yg trakhir. kalo sulung tak leh catch up maybe bole turn to second then third kan. but if bongsuuuu , isyhh. :DD haha.

    ReplyDelete
  2. haha.sokong bintang kcik kat ats ni hah! kih3;)
    hakikatnya, everybody should realize yg kita kena sntiasa jd yg trbaik sbb kita hamba Allah dan umat Rasulullah s.a.w. mana mungkin hamba Pencipta Alam yg juga merupakan penerus perjuangan Utusan Mulia menjadi sebaliknya.kn3?
    ok, insyaAllah sama2 kita berusaha dn tidak putus asa :D

    p/s: nk cikgu math tu plak? x jd dgn bdk dq? kah3 ;p

    ReplyDelete