Saturday, January 26, 2013

self-division

Ikutkan hati, dia merayu minta tinggal lagi di sini . Ikutkan diri, dia menghalau pergi. Islamic environment or current dream? Which one I need to choose? Which one is better for my future? Which one leads me nearer to Him? Sometime I didn't understand myself well. I just lost. That’s all. I hope that Allah will ease all my matters and help me to make the decision. It’s quite hard to choose when you can't control your emotions. The pressure keeps following behind me. But it's okay I think. I have Allah. I just need to believe in Him and follow the flow. Right now I need to perform well for my last semester and keep pray. Wait for the course briefing. Be patient. Please babe don't lose your hope and faith. Keep calm and pray a lot my dear. *patting shoulders* He always there beside you :)

Thursday, November 29, 2012

health issue.

dengan namaNya aku bertinta.

Carbon, Hydrogen, and Oxygen,
bind together, tighten,
cheesy and oily food,
ignore to live in crude.

Your presence is luring me to you,
oh my God what I should do?
please go away my lovely boo,
FAT, I really hate you!


puisi di atas dibuat atas dasar luahan perasaan yang mendalam. haha. cam entah pape. tapi serius ini yang aku rasa. kegemukan yang melanda. haihh.

rasa frust bila aku bersenam tapi berat naik. kenapa? sebab muscle bertambah berat! cemburu bila orang lain ada jalan mudah untuk kurus. aku takdak duit! sekarang aku guna cara konservatif walaupun payah. bersenam. minum teh hijau. minum air banyak. satu je yang aku malas. tidur awal. ini pun salah satu punca berat lambat turun. kena disiplinkan diri. tapi cakap memang senang. nak realisasikan tu satu langkah yang berat. adoii. yang paling penting, makan tak boleh depan tv dan kena kunyah perlahan-lahan. need to bear it in my mind. sebab 2 benda ni lah aku susah nak buat.


target terdekat aku semestinya nak turun berat. tapi niat aku kena betul jugak. aku nak turun berat ni sebab nak ikut sunnah Nabi yakni jaga kesihatan atau nak impress orang. kadang-kadang niat salah ni susah nak elak. serius. hmm. kena recheck. target jauh aku : aku nak mati sebab tua, bukan penyakit! kalau Allah izinkan. kalaulah penyakit tu dapat detect physically, mesti semua orang nak cegah. masalahnya dah tahap kritikal baru dia tunjuk belang kat luar. haha. lagi satu, kita kena jadi sihat sebab senang nak buat kerja dan beribadah. kalau kita sakit kan susah nak buat 2 benda ni.

kadang-kadang risau bila tiba-tiba rasa sakit dada tu datang. rasa sakit lutut. serius takut! dan rasa diri dah tua. haha. memang rasa muda lagi untuk dapat penyakit kronik. tapi TAK MUSTAHIL! sebab tu aku paksa diri untuk berdisiplin untuk jaga kesihatan. setakat ni sejak darjah enam kot tak minum air gas. kat rumah tak naik msg or ajinomoto. mak aku anti. minum susu itu satu kewajipan! perempuan lebih senang nak dapat sakit lutut tau bila dah berusia. masa mengandung kalau tak cukup kalsium pun boleh gugur gigi tau. seram gilak! tapi full cream milk tinggi kalori. kena cari skimmed milk, low fat high protein. hehe. mungkin rasa dia tak sedap. but no pain no gain. aku nak hidup sampai ada cucu cicit.

sekarang masa panjang lagi sebelum nak masuk cfs balik. jadi aku kena double up masa bersenam, mungkin, kalau nak berat cepat turun. paling penting dorongan mental. otak lah yang paling pandai kawal manusia. btw, haritu ternampak tajuk artikel kat internet : KEGEMUKAN : JIHAD YANG SERING DIABAIKAN. zass tajam menusuk kalbu. perlu berusaha!

Friday, August 24, 2012

pantulan (reflection) ehh?


dengan namaNya aku bertinta.

cuti seronok. tapi tak best bila kita mula jauh dari Dia. dah enam hari beraya. takut sangat tak istiqamah. rasa nak cubit tangan ni pun ada jugak. haha. nak cakap pasal raya,memang takkan pernah habislah kan. sekarang dalam proses pencarian diri sendiri. by the way,terbaca ayat ni yang dipost oleh Nor Aminah tadi kat fesbuk : “Ramai berebut balik kampung sbb ‘kembali ke asal’ memang membahagiakan. Lepas ni,jika resah,kembalilah ke sifat asal kita,yang dekat dgn Allah” – Ust Hasrizal. bila baca tadi,sumpah rasa nak nangis. sebab dah rasa hilang. entahlah. rasa ‘kembali pada asal’ itu sudah mula pudar. kena recheck. kalau tak lagi parah. maafkan aku semua. aku rasa blog aku makin entah hape hape entah. haha. makin lama makin takde rasa nak berkongsi rasa. lebih suka biarkan terkurung. sepatutnya masa cuti ni aku dah boleh buat beberapa puisi. tapi inspirasi takde. dominasi pada satu perasaan tu takde. perasaan dah bercampur baur. itulah. aku kena ‘kembali ke asal’ semula. apeape pun, SELAMAT HARI RAYA! walau dah berlalu jauh raya pertama. jangan eksaited sangat main mercun bagai. kang hilang jari tak dapat sarung cincin mehh. haha.

 




muka di'hilang'kan bagi mengelakkan pertumpahan muntah dan darah secara ekstrem dan berlebihan.fokus kat kucing tu.saiz dia 3x ganda kucing biasa yaww! once again, happy eidulfitri, taqabbalallahu minna wa minkum. :)

Monday, July 23, 2012

pendek.katik.short.qashirun.haha.


I know it`s going to be hectic, but I believe I have Him to rely on. O Allah, guide me to the right path. Don`t let me astray, being far away from you. Amen. Ramadhan Kareem 1433H. AllahuAkram. :)

Sunday, July 8, 2012

tentang rasa.

jiwa aku kosong. tak keruan. derita yang tak dapat digambarkan. Tuhan, Kau hukumlah aku dengan sesuatu yang lain. bukan cara ini. aku rasa tak mampu. sumpah tak mampu. aku pernah dengar orang cakap, kalau kita rasa terlampau lapang dalam harihari kita, kita tengah lalai ketika itu. jiwa aku rasa sakit. sempit. aku rindu sekolah. itu saja. noktah.

Sunday, April 22, 2012

random rants.

dengan namaNya aku bertinta.


dari 5 feb aku tak post. keajaiban. haha! nak kata sem ni buzy taklah kan. bukan final year pun. mungkin sebab lama sangat tak balik. mungkin takde topik nak diselit. menikmati keindahan rindu membuak terhadap rumah. ok, geli. aku balik pun sebab nak angkut barang sikitsikit ke rumah, nanti last day tak payah bersusah payah melenguhkan kaki dan tangan.


semalam, adik aku kena pergi sekolah, ada koko. aku la yang kena hantar ambil. guess what, sent and fetch with motorcycle! dia eksaited tahap dewa. aku  bawak motor tak laju pun, 50 je, tapi dia cakap laju gila. practice hantar ambil anak kat sekolah nanti. konpem anak aku sampai rumah muntah hijau. seriau sangat. haha. tapi bosan la datang sekolah dia, sekolah perempuan. tak boleh usha. haha. sampai rumah, sidai baju, masak, membebel bagai. doing house chores, practicing to be a solehah spouse. yela sangat. (to my hubby wannabe, please let me be a fulltime housewife please~ ;p)


by the way, my schoolmate gonna be a wife this year! tahniah sasha and that boy (tak kenal). 2 jun ni dah sah jadi bini orang. jalankan tanggungjawab dengan baik tau. aku cerita kat mak aku yang member aku ni nak kawin. terus dia tanya dengan muka ketat sambil bersedia nak lempang aku. *ayat terhiperbola* " kamu dah tak sabar ke?" oookaayy, mak aku marah gila, dia takut aku nak kawin awal gak. aku paham, dia nak aku berjaya dulu dalam akademik ni. family aku agak konservatif, but i like it. jangan risau ibu, wani belajar rajinrajin ok? wani pun tak bersedia lagi. takde orang pun nak kat wani ni. *kenyataan pahit* siapasiapa nak kawin awal dengan aku, sila sediakan ayat yang hebat untuk cairkan hati parent aku. haha. poyo. yeayh, i know it.


oh, exam nak dekat. serius cuak. starting from 30th april (study circle), 3rd may (BTQ), 4th may (chem1) and lastly 11th may, on the veeeeeryyy last day (physics, my ‘favourite’). may Allah ease everything. aku banyak tak cover lagi. dah la periksa nak dekat, aku sibuk nak pergi bookfair 28hb ni. haihh. aku memang takleh terlepas bookfair, kira cam senarai wajib pergi untuk aku. hehe. pastu, cuti sebulan, and counting days to enter the 2nd year of foundation. yela, semua member sambung cuti sampai bulan 9, nak masuk main campus. sadis betul. tapi takpela, ini memang yang terbaik untuk aku. thanks Allah :)