Thursday, November 29, 2012

health issue.

dengan namaNya aku bertinta.

Carbon, Hydrogen, and Oxygen,
bind together, tighten,
cheesy and oily food,
ignore to live in crude.

Your presence is luring me to you,
oh my God what I should do?
please go away my lovely boo,
FAT, I really hate you!


puisi di atas dibuat atas dasar luahan perasaan yang mendalam. haha. cam entah pape. tapi serius ini yang aku rasa. kegemukan yang melanda. haihh.

rasa frust bila aku bersenam tapi berat naik. kenapa? sebab muscle bertambah berat! cemburu bila orang lain ada jalan mudah untuk kurus. aku takdak duit! sekarang aku guna cara konservatif walaupun payah. bersenam. minum teh hijau. minum air banyak. satu je yang aku malas. tidur awal. ini pun salah satu punca berat lambat turun. kena disiplinkan diri. tapi cakap memang senang. nak realisasikan tu satu langkah yang berat. adoii. yang paling penting, makan tak boleh depan tv dan kena kunyah perlahan-lahan. need to bear it in my mind. sebab 2 benda ni lah aku susah nak buat.


target terdekat aku semestinya nak turun berat. tapi niat aku kena betul jugak. aku nak turun berat ni sebab nak ikut sunnah Nabi yakni jaga kesihatan atau nak impress orang. kadang-kadang niat salah ni susah nak elak. serius. hmm. kena recheck. target jauh aku : aku nak mati sebab tua, bukan penyakit! kalau Allah izinkan. kalaulah penyakit tu dapat detect physically, mesti semua orang nak cegah. masalahnya dah tahap kritikal baru dia tunjuk belang kat luar. haha. lagi satu, kita kena jadi sihat sebab senang nak buat kerja dan beribadah. kalau kita sakit kan susah nak buat 2 benda ni.

kadang-kadang risau bila tiba-tiba rasa sakit dada tu datang. rasa sakit lutut. serius takut! dan rasa diri dah tua. haha. memang rasa muda lagi untuk dapat penyakit kronik. tapi TAK MUSTAHIL! sebab tu aku paksa diri untuk berdisiplin untuk jaga kesihatan. setakat ni sejak darjah enam kot tak minum air gas. kat rumah tak naik msg or ajinomoto. mak aku anti. minum susu itu satu kewajipan! perempuan lebih senang nak dapat sakit lutut tau bila dah berusia. masa mengandung kalau tak cukup kalsium pun boleh gugur gigi tau. seram gilak! tapi full cream milk tinggi kalori. kena cari skimmed milk, low fat high protein. hehe. mungkin rasa dia tak sedap. but no pain no gain. aku nak hidup sampai ada cucu cicit.

sekarang masa panjang lagi sebelum nak masuk cfs balik. jadi aku kena double up masa bersenam, mungkin, kalau nak berat cepat turun. paling penting dorongan mental. otak lah yang paling pandai kawal manusia. btw, haritu ternampak tajuk artikel kat internet : KEGEMUKAN : JIHAD YANG SERING DIABAIKAN. zass tajam menusuk kalbu. perlu berusaha!

No comments:

Post a Comment