Ramadhan semakin menginjak ke pertengahan bulan.okeh,baru tujuh hari.semoga aku sampai ke penghujungnya.aku taktau kenapa,kesabaran aku pada bulan yang penuh Barakah ni lebih dahsyat teruji.adehh =.=” hari first puasa dah buat perangai baran aku.ape la aku ni.tapi aku tak luah la tantrum aku,pendam je.mengomel kecil.mana taknya,eksperimen bio hari tu kena tengok berbelas slide tissue,mata aku dah la tak pandai sangat nak tengok mikroorganisma ni.memang seriously tak sama macam kat sekolah dulu.dah la kena pandang serong dengan budak kelas lain.weh,kan kena berkongsi microscope,ape masalahnya?memang teruji.nasib baik microscope tu berat,takde ah aku hentak.haha.dah taktau nak kata ape aku duduk diam jela,jalanjalan keliling lab.then,hari lain,ada la sorang budak yang suka sakitkan hati aku,boleh pulak bulan puasa ni mulut longkang dia tak jaga.dia cakap armsock aku buruk macam muka aku.hello,memang itu kelakar tapi aku sensitif.tolonglah paham,bukan semua orang boleh terima gurauan kasar camtu.lastlast aku balas biar muka buruk,hati ada.aku taktau dia terasa ke tak.masa tu dalam hati aku terdetik nak balas dahsyat lagi macam “ala,muka kau lagi buruk,kalah aku” paling tidak pun “kau memang suke sakitkan hati aku ek?mulut kau longkang betul~” tapi sebab aku belajar AGAMA,aku didik iman aku untuk tahan.tahan perasaan yang jahat ni untuk balas balik ape dia buat kat aku.haish.memang teruji.
Kadangkadang aku tak faham dengan perangai segelintir manusia cam dia.aku rasa dia belajar AGAMA jugak macam aku,macam orang lain,sebahagiannya.tapi,kenapa takde sensitiviti?memang indah Allah cipta manusia lain sifat dan perangai,tapi perangai tu tak indah,malahan buat aku rasa menyampah.ujian ni memang ikut kemampuan aku,kemampuan aku untuk menahan marah.kalau kena kat member aku,mau tangan dah hinggap kat muka.haha.aku tengah imagine peja buat.kelakar.memang betul kata mizue,sabar kena pupuk.dari pengalaman dan dugaan aku kena menyemai sifat ni.antara sifat mulia Rasulullah ni!aku cemburu dengan orang penyabar,sangat tenang menghadapi pelbagai ragam dan sifat manusia.*beb,kau doa kt Dia supaya bagi sifat sabar,Dia bagi la ujian.takkan Dia nak campak terus sifat tu?tak rasa la manisnya usaha kita.tak gitu?* Astaghfirullah.rasa terketuk.Terima kasih Tuhan,atas segalanya.okehh,aku nak cite something ni~~
STORY 1
Hari jumaat,chat dengan rakan dhuha.rindu membuak!bertukar-tukar cerita tentang institusi masingmasing.tuptup,masukla pasal dakwah.dia ada menampal artikel tentang cara menjaga ikhtilat di sana.dia tak puas hati sebab ada orang pertikaikan kenapa kita perlu menjaga ikhtilat dan orang itu merasakan tak perlu itu semua.kawan aku ni dok teranglah kefahaman pasal ikhtilat ni and guess what,orang tu tak terima,nak menang jugak.ego tinggi melangit betul.
STORY 2
Aku pergi tarawikh kat masjid kawasan rumah aku.sejuk gilaa!okeh,bila nak solat kan kena rapatkan saf.makcik sebelah aku tu dok diam jela.aku pun cakap la dengan muka manis mengalahkan gula pasir ni “makcik,kena rapatkan saf ni” and guess what,dia balas “hmmm…” dan tak bergerak.what is this?rasa nak tarik lengan makcik tu tapi tak berani.haish *okeh,aku rasa nak buat note besarbesar “RAPATKAN SAF!!” dan tampal kat setiap tiang masjid yang ada*
Enough story.aku nak tekankan bahawa bukan semua orang faham dan tahu tentang agama.even basic thing.sedangkan kita rasa pakai tudung tu semua perempuan tahu.tapi sebenarnya tak.jadi kita yang bersekolah agama ni kena bantu dorang untuk faham bukan biar.itu amanah kita.memang aku akui susah nak mengajak orang melakukan kebaikan,apatah lagi membuatkan orang lain faham tentang agama.aku rasa bersyukur sebab aku dan kawankawan aku ditempatkan di sekolah agama.memang tak confirm kitorang terselamat dari melakukan kesilapan,memang tak confirm kitorang ni baik belaka,alim warak semua,kami manusia biasa.tapi at least kitorang tahu dan boleh mengajar orang lain untuk tahu.Alhamdulillah di atas nikmat ini.ada jugak orang pertikaikan kenapa ada je budak sekolah agama bukak tudung,berkapel semua?dengar ni,kitorang bukan maksum.hati tu Allah pegang.mana tau,yang bukak tudung tu lagi banyak pahala dia dari kau?mana tau,yang kapel tu lagi cepat masuk syurga dari kau?kita takkan tahu.Allah uji diorang,Allah uji kita,Allah uji semua.lain orang lain ujian.entahentah yang bukak tudung tu akan pakai tudung labuh,siapa tahu?dont be judgemental peeps.ubah diri kita dulu baru tengok orang lain okeh? :)

No comments:
Post a Comment