*sapu debu yang tak berapa tebal*
*batuk sikit*
haha. serius poyo. akhirnya aku balik jugak untuk CNY,sejak daftar 8hb haritu. nama duduk kl tapi balik tiaptiap minggu pun tak dapat. haish. even 5 hari saja, sangat bersyukur sebab dapat rehat dari keletihan otak yang melampau! mana taknya,fizik dan kimia yang dah ditinggalkan dalam setahun yang dulu kembali menghantui. lagilagi subjek bertuah ni aku cam tak fokus sangat time sekolah dulu. fizik lagi haru. disebabkan seat aku dulu membelakangi cikgu (memang susun camtu,bukan dialihkan dengan rasa suka dan rela),mata senang layu sambil tangan menongkat dagu #likeaboss. hehh. okeh,salah aku. tak boleh nak menyesal dah. haha. otak rasa terkejut,putus fius gamaknya. untuk cuti yang singkat ni,aku patut susun masa untuk belajar walau sedikit. happy thing for this sem, my lovely babes from Nilai joining us at PJ! Farah Ainiah, Nabilah Huda, Syafiqah Izzati, Wan Muslihah, harap anda bersabar menerima situasi yang tak terduga di sini. sabar itu sifat Nabi. lepas ni,budak smakl conquer pasar malam hari selasa ye. haha.
sem ni section aku nombor 66. terpisah jugak dengan kawan masa sem 1 haritu. sedih jugak tapi apakan daya. kena terima jelah. sobs sobs. ade jugak yang sama, Anis,Bilah Alin,Shai. jumpa kawan baru okeh gak ape. chill sudehh. tak payah nak berkabung sangatlah kan. bukan tak boleh jumpa pun. dan seperti yang telah dimaklumkan,kafe feveret aku, KAFE A pindah ke Aisyah! daebakk! senang den beli makanan. haha. nasib Aisyah jadi mahallah untuk princesses dari nilai.
14hb, soalan math dah terjawab. taktahu nak cakap ape. yang pasti lagi susah dari final haritu. T.T tapi takpelah,yang lepas tu biarkan berlalu. tunggu result math haritu,rasa macam lymphatic system ni nak bocor,sebab cuak sangat! now I need to bear in my mind that I must FOCUS for this sem, hardly. I`m taking physics I,chemistry I, basic themes of AlQuran and study circle. SEPATUTNYA boleh skor pointer gempak sebab bukannya banyak cam SPM dulu,11 subjek beratur cantik. jadi,wajib ke atas aku untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sebab nak periksa semata,tapi untuk mengenal pencipta juga. semua subjek sepatutnya ;P oh, baru tringat,aku kena jadi faci untuk study circle,dan pada masa yang sama aku kena masuk sekali menghafal dan mengikuti. Oh Allah,you know the best for me. rasa cam tak mampu nak buat keduanya sekali. kat sekolah pun jadi naqibah kaku. adoi. start 27hb nanti. masak aku. aku bajet ustazah tu nak lepaskan aku,penat buat muka kesian. haha. just kidding. trololol.
And today,after 4 days resting for a while,I need to ‘fly’ back to my temporary nest,CFS! :D kena lah balik,nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim –menuntut ilmu. Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad,supposedly aku taip arab tapi malas. Haha. proverb yang aku belajar time sekolah dulu. Nak memimpin pun kena ada ilmu,nak kaya kena ada ilmu.semua benda perlukan ilmu.kena belajar rajinrajin wehh *tepuk bahu* jangan dok malas macam dulu. Kena banggakan ibu dan ayah. Okeh,sampai di sini saja. Wassalam~
ps: besday Raihana Nadhira harini! shoutout to her! happy birthday darls~
pss: takde dumbbell,botol air 1.5L pun jadilah untuk workout upperlimb. kenalah menguruskan menyihatkan badan. tu pun kewajiban ke atas kita. :)
psss: cuti CNY aku pergi kolam air panas kat sungkai ngan colmar tropicale kat pahang. berbaloi la cuti ni,tapi tak bukak buku langsung. haha. memang takleh dok kat umah aku ni. btw,I wear kimono! Nak gambar,SPAM me! #bajetretis (okeh,ajaran Faezah Zahid memang melekat)
pssss: aku rasa muke ustad BTQ aku macam afdlin shauki #foinetenkiusalam
psssss: aku jumpe butang -1 kat lif! ganti G gamaknya. sila lihat di bawah~~ kalau tak jelas,sorilah. datang sendiri tengok kat colmar tropicale! trololol
No comments:
Post a Comment