sekarang masih cuba untuk belajar fizik kimia dengan ikhlas. rasa risau sebab takut tak dimanfaatkan oleh aku. nauzubillah. aku tak jadi fasi untuk study circle sem ni. reserved. rasa lega sikit. taktahu kenapa. study circle ni macam usrah,nama ditukar atas sebab-sebab tertentu. aku mungkin dilantik masa 2nd year nanti kot. sebab takde pengalaman lagi. He knows the best. betul kan? :)
aku dah lama tak nangis sebab hilang barang. dan akhirnya,berendam air mata minggu ni. tahniah la kepada pencuri tu sebab berjaya buat aku nangis. pencuri memang akan sentiasa mencuri melainkan dia kembali ke jalan benar. mak aku marah sebab aku jadi emo tak tentu pasal disebabkan kes ni. #perempuankan masalahnya,dah hilang t-shirt silat,aku nak pakai ape time latihan nanti? kalau hilang stoking pun aku dah panas hati. senang mak aku suruh beli baru. masalahnya aku taknak! rasa cam dah banyak pakai duit bulan ni. mata aku bengkak sampai tertidur. then,member call suruh datang bilik tengok movie papa I love you. hmm,redalah sikit kan. patutnya kena cari Tuhan. Ya Rabbi,nak kena budak ni. haha.
tapi bila aku kehilangan sesuatu,aku cam terketuk dan tersedar sesuatu. semua benda yang ada pada kita ni hanyalah pinjaman sematamata. jadi,aku tak patut rasa geram dengan takdir ni. walau aku dah baca doa supaya baju aku tu tak hilang dari ampaian,kalau benda nak jadi nak buat macam mana. tu baru hilang baju,kalau hilang deria yang lima ni macam mana? Ya Allah. tak dapat bayang. kalau aku nangis keluar berlian pun,baju aku tu takkan kembali,melainkan si polan tu tergerak hati nak pulangkan balik. kena doa banyakbanyak la camni. hmm.kena muhasabah balik diri. kena cek balik apa kita dah buat setakat ni. aku pun kena khusnuzzhon (bersangka baik) dengan orang tu walaupun berat nak lakukan. mungkin dia takde baju nak pergi BTN,jadi main sambar lah baju sesiapa yang ada. *MUNGKIN* okeh,tangan dah penat. otak dah perah keringat. rasa malas dah meningkat. kena work hard! rhythmic tak? #foinetenkiusalam XD
voucher buku dah habis. alhamdulillah. 100 pertama beli buku fizik kimia kat CFS aritu. 100 kedua beli buku Men Are From Mars,Women Are From Venus dengan Chicken Soup for the Soul: Love Stories kat MPH Alpha Angle,Jaya Jusco. taktahu bila nak baca sebab banyak buku yang dah beli tahun lepas tak khatam lagi. bayangkan Contengan Jalanan tak cover lagi? adoi. masa untuk baca alQuran pun tunggang langgang,nak cari masa khatam novel pulak #facepalm
Manusia yang tiada apa-apa , takkan kehilangan apa-apa -FA
ReplyDeletebetul betul semuanya pinjmn :)