Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran [Hijjaz-Rasulullah]

12 Rabiulawal 1433H. Harini ulangtahun kelahiran Nabi kita. Rasa cam sebak pulak. Taktahu kenapa. Mungkin sebab dah lama tak berarak sambil berselawat. Kat smakl dulu,tiaptiap tahun buat. Rasa seronok sangat. bayangkan sekeliling smakl, taman perumahan kat situ majoriti penduduk dia nonMuslim. Memang ghuraba` (asing) sangat la kan. Rasa special pun ada. :)
Cakap pasal Maulidur Rasul,sepatutnya ia bukan sahaja diraikan pada tarikh ni,tapi diraikan pada setiap hari. Bukan berarak tiaptiap hari okeh? haha. kita sebagai umat Baginda kena sentiasa ingat kepadanya. Dengan cara apa? BERSELAWAT DAN MENGAMALKAN SUNNAH BAGINDA. Berbeza tau sunat dengan sunnah. Sunat : melakukan ia mendapat pahala,meninggalkan ia tak dapat apaapa. Sunnah : perbuatan atau perkataan Nabi yang digalakkan untuk kita amalkannya. And of course, the greatest sunnah are JIHAD and TARBIYAH (tweeted by inche Gabbana ^^)
Banyak cerita tentang Rasulullah yang membuatkan kita rasa Baginda tu manusia paling osem dalam muka bumi ni. tak gitu? Dan kita patut rasa terharu sangat dengan Baginda sebab kita, umatnya akan masuk ke dalam syurga dulu sebelum umat-umat terdahulu. Hooyeayh! But,we must not take it for granted. Kita kena usaha jugak dalam memperbaiki amalan kita, amar makruf nahi mungkar, jadi baik (melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran). Takkan nak duduk diam, teruskan buat dosa bagai. Nak tahu,tiaptiap malam Rasulullah doakan supaya dosa dosa umatnya diampunkan. Dan Rasulullah tak redha sesiapa dari kalangan umatnya masuk ke dalam neraka (kata Ustaz Muhadir). dah la Baginda sangat sayangkan umatnya sampaikan nak menemui ajal pun masih menyebut "ummati ummati ummati". Okeh,sila nangis sekarang sebab takde orang sayang kita camtu macam Baginda. T.T
Cakap pasal sunnah,skop dia sangat luas tau. Sunnah tu bukan sekadar menyimpan janggut, memakai jubah serban dan sebagainya. Menjaga silaturrahim pun sunnah. Menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak pun sunnah. Menjaga kebersihan pun sunnah. bersederhana dalam setiap aspek kehidupan itu sunnah. dan banyak lagi. Tapi tu semua jarang orang perasan. nampak kecil,tapi kalau tak jaga,impak dia besar kat masyarakat. Kita patut mendalami sunnah ni sepenuhnya. Mula yang kecil-kecil dulu,macam pakai baju seluar mula dari kanan,keluar tandas kaki kanan masuk kaki kiri,memberi salam. kalau istiqamah hidupkan sunnah lagi bagus. semakin banyak sunnah yang kita buat,semakin tinggi maqam kita dalam syurga tau. tak ke eksaited dengar statement ni? hoho. by the way,please spend some of your time reading this article : Membudayakan Sunnah Nabi
Andai Rasulullah masih bersama dengan kita, apa yang korang nak buat? Mesti ramai jawab nak peluk sampai taknak lepas lah,nak ikut ke mana jua Baginda pergilah, melawat Baginda tiaptiap harilah, solat berjemaah berimamkan Bagindalah. Kan kan kan? tapi jawapan Habib Ali al-Jufri sangatsangat berbeza. Beliau kata andai dia ternampak Baginda,dia akan lari masuk ke dalam bilik. Kenapa? Sebab dia rasa malu dengan dirinya,rasa dirinya berdosa,penuh himmah,dan tidak layak untuk berjumpa dengan Baginda. Zass! Sentap mak. Ulama` pun cakap camtu,kita manusia biasa ni siapalah sangat. serius buat aku berfikir dalam. Kalau nak diikutkan, Habib Ali al-Jufri SAAAAAAAAAAAAAAAAAANGGGAT cintakan Nabi, tapi dia boleh rasa malu dengan dirinya untuk bersua dengan Baginda sebab rasa dirinya tak layak. terketuk terduduk aku dengar cerita ni.
Okeh,akhir sekali,nak kongsi cara selawat terbaik yang boleh kita amalkan. Sebaik-baik selawat ialah dengan menyebut nama keluarga Baginda. Namun tidak bermakna kalau tidak menyebutnya, selawat itu akan tertolak. Ustaz Zahazan yang bagitau dalam paper harini. Cara selawat terbaik ialah seperti yang diterangkan dalam hadith apabila turunnya ayat 56 surah al-Ahzab, maka sahabat bertanya kepada Nabi SAW : “wahai Rasul,kami telah mengetahui salam,maka bagaimanakah selawat untukmu?” Baginda bersabda : ucapkanlah “Allahumma salli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad. Kama sallaita `ala Ibrahim wa `ala ali Ibrahim. Innaka hamidum majid. Allahumma barik `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad. Kama barakta `ala Ibrahim wa `ala ali Ibrahim. Innaka hamidum majid.” Maksud : Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad seperti mana Engkau berselawat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim dan Keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia.
ps: rajinrajinlah tengok kat youtube video Fattabiouni dan Lau Kana Bainana. serius menarik! ^o^
No comments:
Post a Comment